Jawi lancar pusat khidmat keluarga di 3 masjid di Kuala Lumpur 

Jawi lancar pusat khidmat keluarga di 3 masjid di Kuala Lumpur 

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (kiri) merasmikan pembukaan pusat khidmat kekeluargaan di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. - IHSAN JAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Warga Wilayah Persekutuan kini mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan dan isu sosial secara percuma yang disediakan di tiga buah masjid di Kuala Lumpur. 

Inisiatif yang diperkenal Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu adalah kesinambungan daripada Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dan Anjung Khidmat Keluarga JAWI (Akuaja) yang diperkenal sebelum ini. 

Jawi menerusi kenyataan memaklumkan, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati adalah tiga masjid yang dipilih menjayakan inisiatif terbaharu itu.

Menurutnya, sembilan fasilitator berpengalaman dilantik Jawi bagi mengendalikan khidmat nasihat kekeluargaan dan isu sosial itu. 

“Orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan itu secara percuma melalui ‘walk in’ atau berdasarkan janji temu yang ditetapkan. Inisiatif ini bertujuan menjadikan masjid sebagai pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi kerohanian dan keilmuan, ekonomi, sosial serta kekeluargaan,” katanya. 

Katanya, sebelum ini, Jawi melancarkan lima PKKSK dan Akuaja di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang turut menawarkan kemudahan sama.

Pusat itu terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, UTC Mini Keramat, Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju, Surau Al-Iman Presint 9 dan Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya