Jauhi aktiviti pantai hingga Isnin - Bomba

Jauhi aktiviti pantai hingga Isnin – Bomba

MD. Hilman Abd. Rashid (kiri) meninjau keadaan di Pantai Seberang Takir di sini, malam tadi. - TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Orang ramai dinasihatkan menjauhi aktiviti pantai berikutan keadaan angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlarutan hingga lusa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, sebarang aktiviti di air termasuk menangkap ikan amat berbahaya dan berisiko mengancam nyawa.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut kelajuan angin Timur Laut diramalkan sehingga 60 kilometer sejam manakala ketinggian ombak pula mencecah 4.5 meter.

“Sehubungan itu, semua balai bomba dan penyelamat (BBP) sudah diarahkan memantau di kawasan pantai bagi memastikan tiada aktiviti dilakukan pada sepanjang tempoh ini.

“Kita menjangkakan banjir gelombang kelima hingga lusa merupakan yang terakhir dalam fasa monsun Timur Laut 2021/2022,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pantai Seberang Takir di sini, malam tadi.

Md. Hilman turut meminta penduduk di kawasan berisiko banjir agar segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika paras air menaik di kediaman masing-masing.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya