PETALING JAYA : Kes harian Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan hari ini direkodkan sebanyak 27,831 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,111,514 kes.
Katanya, sebanyak 97 kes atau 0.35 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 27,734 kes atau 99.65 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Meskipun kebanyakan kes baharu Covid-19 pada kategori rendah namun boleh mencapai ke tahap lebih tinggi dan akhirnya memerlukan rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC) atau hospital.
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 428 kes atau 33.7 peratus daripada 1,269 kes baharu yang dimasukkan ke hospital adalah kategori tiga, empat dan lima.
Katanya, 841 kes atau 66.3 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.
“Meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosis kebanyakan pesakit pada kategori yang rendah misalnya hari ini 99.65 peratus kes dilaporkan kategori satu dan dua semasa diagnosIS
Namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi dan memerlukan kemasukan ke PKRC atau hospital,” katanya.
Pecahan kes seperti berikut:
Kategori 1 : 7,606 kes (27.33 peratus)
Kategori 2 : 20,128 kes (72.32 peratus)
Kategori 3 : 59 kes (0.21 peratus)
Kategori 4 : 28 kes (0.10 peratus)
Kategori 5 : 10 kes (0.04 peratus)