Jabatan Peguam Negara kaji semula tuduhan remaja bunuh bayi

Jabatan Peguam Negara kaji semula tuduhan remaja bunuh bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara masih boleh meneliti dan mengkaji semula pertuduhan membabitkan ke atas seorang remaja perempuan atas kesalahan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Menurut jabatan itu, kajian semula keputusan pertuduhan asal kepada pertuduhan lain itu boleh mengambil kira perkembangan tambahan hasil siasatan kejadian rogol. 

Katanya, ini berikutan maklumat mengenai kejadian rogol hanya diketahui selepas kanak-kanak tersebut ditangkap selepas satu Kertas Siasatan dibuka susulan laporan polis dibuat oleh kanak-kanak itu pada 8 Februari lalu dengan siasatan masih dijalankan.

“Pada ketika ini, kanak-kanak yang dituduh ini akan diadili melalui proses keadilan mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memandangkan orang yang dituduh ini adalah merupakan seorang kanak-kanak seperti mana takrifan di bawah Akta 611 dan jika disabitkan kanak-kanak ini akan diperintahkan untuk ditahan di bawah Seksyen 97(2) Akta 611. 

“Namun begitu, Pihak Pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 KK kepada pertuduhan lain setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas kanak-kanak ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Selasa lepas, media melaporkan, seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya, pada Selasa minggu lalu. 

Remaja berusia 15 tahun itu didakwa dengan sengaja membunuh bayi terbabit di sebuah rumah dekat Seri Bandi di sini, di antara jam 7 hingga 9 pagi. 

Dia didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengulas lanjut, jabatan itu menambah, pertuduhan ke atas kanak-kanak tersebut adalah satu proses keadilan jenayah yang telus tanpa dipengaruhi oleh apa-apa dorongan dan berasaskan kepada keterangan semata-mata.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan yang dikemukakan, Pejabat Pengarah Pendakwan Negeri telah memberi kebenaran untuk pertuduhan ke atas seorang kanak-kanak yang berumur 14 tahun 11 bulan di bawah Seksyen 302 KK berkaitan kematian bayi yang dilahirkan itu.

“Pertuduhan dibuat berasaskan keterangan saksi-saksi dan dokumentasi serta keterangan pegawai forensik dan pengesahan pakar patologi bahawa bayi yang mati itu berumur antara 38 hingga 40 minggu dengan berat 2.49 kg semasa dilahirkan dengan tali pusat telah dipotong dengan benda tajam dan terdapat kecederaan lain termasuk satu tikaman pada bahagian badan bayi tersebut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya