IPD Kuching berjaya turunkan indeks jenayah

IPD Kuching berjaya turunkan indeks jenayah

AHSMON Bajah menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang petugas media pada Majlis Pelancaran BluePrint Tahun 2022 dan Santai Media KPD Kuching Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 di Dataran Padang Kawad IPD, di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
AHSMON BAJAH

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya mencatat penurunan jenayah indeks sebanyak 31.5 peratus atau 429 kes tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya turut berjaya menangkap seramai 3,164 suspek melibatkan pelbagai kes jenayah.

“Tangkapan ini menunjukkan secara purata sembilan tangkapan dilakukan dalam sehari. Seterusnya kita turut mendakwa seramai 2,680 suspek atau tujuh suspek setiap hari.

“Indikator tangkapan dan pendakwaan ini menunjukkan betapa cabaran perlakuan jenayah di daerah Kuching perlu diberikan perhatian oleh warga PDRM Bersama masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran BluePrint Tahun 2022 dan Santai Media KPD Kuching Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 hari ini di Dataran Padang Kawad IPD Kuching di sini.

Beliau berkata dalam usaha IPD Kuching membanteras kes-kes jenayah, pihaknya telah membuat rampasan perjudian dengan dengan anggaran kasar wang pertaruhan perjudian berjumlah RM56 juta.

Di samping itu, katanya pihaknya turut berjaya membuat rampasan dadah bernilai RM3.6 juta dan rampasan komersil bernilai RM442,000 dengan anggaran kerugian mangsa jenayah komersil sebanyak RM27 juta.

“Nilai rampasan yang besar ini merupakan petunjuk keyaan kita dan dalam masa yang sama ia menggambarkan cabaran yang kita akan terus tangani dengan berani kerana inilah tugas dan tanggungjawab kita selaku pegawai PDRM,” kata beliau.

Tidak hanya itu, katanya IPD Kuching turut melaksanakan penugasan rondaan pencegahan jenayah demi memastikan keselamatan penduduk di daerah Kuching, iaitu dengan melakukan sebanyak 54,750 jam rondaan pada tahun 2021 atau bersamaan 150 jam dalam satu hari yang melibatkan 164,142 lokasi dengan 116,800 pegawai polis meronda.

Beliau berkata, selaras dengan motto Integriti Amalan Kita  pada tahun 2021 pihaknya telah menerima sebanyak 27 aduan berkaitan salah laku pegawai dengan sembilan kertas siasatan tata tertib telah dibuka.

“Ini adalah komitmen IPD Kuching yang tidak berkompromi dengan pegawai yang terlibat dengan masalah jenayah mahupun disiplin.

“Kita berdepan dengan pelbagai kekangan penugasan termasuklah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Disember tahun lalu, IPD Kuching sentiasa berjaya  melaksanakan pematuhan Sop Op Covid-19 dengan jumlah individu dikompaun seramai 3,198, manakala sebanyak 107 premis diambil tindakan dengan anggaran nilai kompaun keseluruhan sebanyak RM7,948 juta bagi tahun 2021,” katanya.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya