Hibah Tabung Haji tidak setinggi zaman BN memerintah, kata Najib

Hibah Tabung Haji tidak setinggi zaman BN memerintah, dakwa Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hibah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang diumumkan semalam sebanyak 3.1 peratus tidak setinggi seperti zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, perkara tersebut sudah diramal lebih awal apabila insititusi tersebut hanya mengendalikan jemaah umrah menunaikan ibadah haji kali pertama. 

“Ini bermakna Tabung Haji sudah jual kebanyakan pegangan saham mereka dan telah memindahkan dana dan hasil jualan ke dalam aset simpanan tetap dengan pulangan yang tetap.

“Maka Hibah Tabung Haji  untuk tahun-tahun mendatang akan konsisten pada tahap tiga peratus setiap tahun sebab pulangan dari aset simpanan tetap cuma antara empat peratus hingga lima peratus.

“Selepas tolak kos pengurusan dan kos subsidi haji, maka hibah akan konsisten pada tahap tiga peratus. Tidak tinggi lagi dan tidak rendah lagi,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebook. 

Tambah beliau, ramalan tersebut terbukti apabila Hibah Tabung Haji diumum sebanyak 3.05 peratus bagi tahun 2019 dan 3.1 peratus bagi tahun 2020 dan juga 3.1 peratus pada  2021. 

“Jangan malu nak telus dengan ummah. Jika bukan lagi peranan Tabung Haji untuk memperkasa ekonomi ummah seperti antara visi utama Tabung Haji, institusi kerajaan PH yang mana lagi akan memikul tanggungjawab ini?

“Tabung Harapan?” sindirnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya