88 kampung di Hulu Terengganu terputus air - Utusan Malaysia

88 kampung di Hulu Terengganu terputus air

Beberapa daerah di Terengganu alami gangguan air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 88 kampung dan kawasan industri di daerah ini mengalami  gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penghentian operasi loji rawatan air (LRA) Hulu Terengganu.

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) dalam kenyataan berkata, penghentian operasi LRA  disebabkan gangguan kualiti kekeruhan air mentah di rumah pam melepasi keupayaan reka bentuk loji.

Katanya, di kawasan Kepah, 31 penempatan terjejas iaitu  Kampung Basung, Baung, Binjai Kertas, Bukit Acheh, Felcra Bukit Kapah, Chapu, Dura, Gerdong, Hulu Sat, Jenagor, Kubang Nyior, Kepah, Kuala Akub, Kuala Jeneris, Kuala Ping, Kuala Pueh, Lerek, Lubuk Pait, Matang, Nasi Dingin, Pasir Dula, Payang Kayu, Sungai Berua, Sungai Ular, Tajin, Tanjung Baru, Tapah, Tengkawang, Teris dan Tok Lawit.

“Di Ajil  melibatkan Kampung Batu 18, Jak, Temala, Jaba, Bukit Perpat, Tok Gebok, Bukit Apit, Bukit Ara, Tok Randok, Kolam, pekan Ajil di samping dua kawasan perindustrian di Ajil dan Wakaf Tapai.

“Bagi Kuala Berang, gangguan berlaku di 38 kampung antaranya Bukit Biah, Bukit Tok Bat, Buluh, Kuala Menjing, Kemat, Kuala Por, Rahmat, Sekayu, Tok Bintang, Lebak, Dusun, Durian Bador, Pauh, Padang Setar, Padang Setebu, Langgar, dan Bukit Gemuruh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Satu memaklumkan, empat lori tangki air kini digerakkan secara berperingkat ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal.

Sementara itu, katanya, pengoperasian semula LRA Hulu Terengganu belum dapat dipastikan  kerana kekeruhan air mentah masih lagi tidak dapat dirawat.

Semua peralatan di loji berkenaan perlu berada dalam keadaan baik sebelum beroperasi semula agar tidak membahayakan keselamatan kakitangan terutama melibatkan arus elektrik.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya