Gaji minimum: Kerajaan buat libaturus semua pihak - Utusan Malaysia

Gaji minimum: Kerajaan buat libaturus semua pihak

Persatuan pekerja kerajakan laksanakan gaji minimum RM1,500 tanpa pengecualian.- Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan libat urus dengan semua pihak termasuk para majikan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Sumber Manusia diminta untuk mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak dalam memastikan hasrat gaji minimum  itu mengambil kira pertimbangan semua sama ada majikan dan para pekerja.

Justeru, menurut  beliau, kementerian berkenaan telah memaklumkan pada Kabinet berhubung perkara berkenaan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu.

Kata Perdana Menteri, dalam usaha meningkatkan gaji minimum, terdapat syarikat yang mampu dan ada juga syarikat khususnya skala kecil tidak mampu.

“Kita takut kalau tidak mampu, nanti retrenchment (berhentikan) pekerja, jadi akan tambah number unemployment (pengangguran).

“Jadi sebab itu, kita minta Kementerian Sumber Manusia duduk berbincang dengan persatuan-persatuan, Cuepacs termasuk juga majikan-majikan lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak memberikan pandangan berbeza berhubung hasrat menaikan gaji minimum kepada RM1,500 yang dijangka sebelum hujung tahun ini.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) misalnya menyifatkan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500 tidak akan memanfaatkan pekerja tempatan, sebaliknya lebih ‘menguntungkan’ pekerja asing di negara ini.

Malah Utusan Malaysia pernah melaporkan majikan Malaysia disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelan­jakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.

Pandangan semua pihak

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, langkah kerajaan ingin mengambil kira pandangan pelbagai pihak tidak bermaksud mahu melindungi majikan namun pada masa sama kepentingan negara sekarang juga membabitkan pekerja.

Jelasnya, sekiranya gaji minimum pekerja dapat dinaikan kepada RM1,500 merupakan satu langkah terbaik untuk semua rakyat.

Oleh demikian, kata beliau Kementerian Sumber Manusia diminta berbincang terlebih dahulu dan kemudian dikemukakan dalam Kabinet untuk kelulusan.

“Insya-Allah kita concern (prihatin) dengan kos sara hidup yang perlu peningkatan (gaji minimum). Terapi tidak mahu peningkatan itu, SME (industri kecil sederhana), mikro tidak mampu, akhirnya buang pekerja.

“Pada asalnya kita untuk bantu pekerja, tetapi disebabkan majikan tidak mampu bayar. Jadi kita akan tengok kepentingan keseluruhan, kepentingan pekerjaan pada masa sama dengan pandangan majikan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya