Gaduh depan hospital, polis tahan seorang lelaki

Gaduh depan hospital, polis tahan seorang lelaki

TANGKAP layar rakaman video tular kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan HRPB Ipoh semalam. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan atau insiden merusuh di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini yang tular dalam media sosial, semalam.

Suspek berusia 20-an itu ditangkap pada pukul 11.50 malam hari sama di kawasan tempat letak kereta di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki terbabit direman empat hari sehingga Rabu ini untuk siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihaknya sedang memburu enam lelaki lagi yang masih bebas yang dipercayai terlibat dalam insiden itu.

“Pihak polis menerima aduan berkaitan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di pekarangan Jabatan Kecemasan HRPB pada pukul 12.20 tengah malam (semalam).

“Siasatan mendapati, kekecohan di hospital tersebut adalah rentetan daripada pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah dekat Guntong,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, insiden kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan HRPB itu dipercayai berpunca ekoran perselisihan faham antara beberapa individu dan pengawal keselamatan.

Katanya, kekecohan berlaku melibatkan sekumpulan lelaki warga tempatan yang datang ke hospital itu untuk menghantar rakan-rakan mereka yang cedera.

“Pihak polis menerima dua laporan bagi kejadian berasingan namun kes tersebut saling berkaitan yang mana sebelum kejadian di HRPB, kita menerima laporan membabitkan kes mendatangkan cedera oleh seorang lelaki warga tempatan menggunakan senjata tajam.

“Dalam kejadian tersebut, tiga individu cedera dan sedang menerima rawatan di HRPB. Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara dua keluarga membabitkan isu percintaan.

“Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya