Erul Samah uji kredibiliti sebagai penyanyi, sasar lima pingat emas - Utusan Malaysia

Erul Samah uji kredibiliti sebagai penyanyi, sasar lima pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyertaan penyanyi, Erul Samah, 30, dalam pertandingan World Champion Of Performing Arts (WCOPA) pada Jun depan bertujuan untuk menguji kredibilitinya sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

Ujarnya, WCOPA ke-25 tahun yang bakal dianjurkan pada 22 hingga 31 Julai di Anaheim, California, Amerika Syarikat, dilihat sebagai landasan untuk mengharumkan nama negara.

“Saya uji kredibiliti diri ke tahap yang boleh membanggakan dan menjadikan Malaysia sebagai negara pencabar buat negara lain seperti Korea, Filipina dan Amerika Syarikat.

“Selain itu, berkongsi tradisi Malaysia seperti pemakaian tradisional dan membawa lagu tempatan untuk dipersembahkan di hadapan 70 buah negara yang bakal bersaing nanti.

“Apa yang saya harapkan adalah doa dan kata-kata semangat daripada rakyat Malaysia yang bersemangat dan berfikiran positif dalam menyokong saya untuk memenangi lima pingat emas dan menang kategori Grand Senior Vocalist of the World 2022,” katanya ketika dihubungi.

Empat bulan sebelum menunjukkan “taring” di pentas tumpuan dunia, penyanyi Tak Bisa itu bakal memasuki kelas vokal dan aktiviti sukan sebagai persiapan diri.

“Buat masa ini, perancangan saya adalah untuk menyertai kelas vokal, lakonan dan aktiviti sukan seperti berenang serta berbasikal untuk meningkatkan stamina,” kongsinya yang turut dalam proses mencari dana.

Untuk rekod, antara penyanyi tempatan yang pernah mencipta kejayaan pada acara berperstij itu adalah seperti Datuk Syafinaz Selamat, Deja Moss, Noryn Aziz dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya