Enam penjuru semua muka baharu rebut kerusi Larkin

Enam penjuru semua muka baharu rebut DUN Larkin

Enam calon menunggu giliran untuk menghantar borang permohonan penamaan calon bagi PRN Johor ke 15 di Dewan Serbaguna JKR, Larkin disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin menyaksikan persaingan enam penjuru melibatkan kesemua muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Saingan itu disertai Ketua Pemuda UMNO Johor, Hairi Md. Shah mewakili Barisan Nasional (BN) dan Dr. Zamil Najwah Arbaian daripada PKR.

Dua yang lain mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing mencalonkan Mohamad Riadz Mohamad Hashim dan Rasid Abu Bakar.

Perikatan Nasional (PN) pula meletakkan bekas setiausaha akhbar Setiausaha Agung gabungan itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin iaitu Zulkifli Bujang dan pendakwah bebas, Norramadan Buan, 46 sebagai calon Bebas.

Penerimaan kertas penamaan calon DUN Larkin diumumkan tamat tepat pukul 10 pagi tadi.

Kedudukan calon bagi keenam-enam kertas undi didahului calon Pejuang, Muda, PKR, PN, Bebas dan BN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas, DUN Larkin dimenangi Mohd. Izhar Ahmad dari Bersatu dengan majoriti 8,590 undi menewaskan Datuk Yahya Ja’far (BN) dan Zakiah Tukirin daripada Pas.
UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya