Covid-19: Kluster tempat kerja melonjak di Melaka - Utusan Malaysia

Covid-19: Kluster tempat kerja melonjak di Melaka

MUHAMAD Akmal (tengah) membuat pemeriksaan di sebuah kilang pembuatan kanta di Merlimau, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kluster tempat kerja Covid-19 di Melaka merekodkan peningkatan mendadak iaitu 40 kes dalam tempoh sehari berbanding kluster pendidikan yang kini semakin pulih dengan mencatatkan hanya tiga kes. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, peningkatan itu dipercayai berpunca daripada sikap majikan memaksa pekerja yang menjadi kontak rapat kes datang bekerja. 

Menurut beliau, untuk semalam sahaja, sebanyak 40 kes positif Covid-19 direkodkan membabitkan kluster tempat kerja. 

“Kini jumlah kes kluster tempat kerja pula naik mendadak sehingga merekodkan 40 kes dalam sehari, melebihi jumlah kluster pendidikan, tiga kes. 

“Peningkatan ini dipercayai disebabkan pekerja yang merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 tetap disuruh datang bekerja oleh majikan mereka,” kata beliau selepas nmengadakan lawatan mengejut di sebuah kilang pembuatan kanta di Merlimau di sini, hari ini. 

Kilang tersebut turut diarahkan tutup selama tujuh hari setelah merekodkan 21 kes positif Covid-19 sejak 5 Februari lalu.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya juga ada menerima aduan berhubung tindakan tidak bertanggungjawab itu dan tindakan lanjut akan diambil. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya