Covid-19: Dos penggalak Johor capai 70 peratus

Covid-19: Dos penggalak Johor capai 70 peratus

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Peratusan suntikan dos penggalak Covid-19 negeri ini telah mencapai sasaran 70 peratus sekali gus mampu memberi perlindungan kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan itu dapat memberi jaminan lebih baik kepada pengundi terutamanya warga emas dan mempunyai komplikasi kesihatan supaya terlindung ekoran kempen pilihan raya sedang berlangsung.

“Semua perancangan telah kita buat. Prosedur operasi standard (SOP) PRN Johor dilonggarkan berbanding Melaka.

“Maklumat yang ada pada kita, walaupun kes meningkat tetapi kesan tidak serius seperti beberapa bulan lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klinik Kesihatan Simpang Renggam di sini hari ini.

Kata Khairy, SOP PRN Johor yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah memadai dan tidak perlu dilonggarkan lagi.

“Kita sudah benarkan kempen walkabout, dulu PRN Melaka tidak boleh. Kempen rumah ke rumah pun dibenarkan, cuma tidak boleh masuk sebab bahaya. Boleh kempen di anjung rumah dan pagar, malah boleh buat ceramah berkelompok di pejabat parti.

“Saya rasa ini adalah satu penambahbaikan yang memadai dan boleh dikatakan sebagai cermat. Nanti bila ada pilihan raya lain, kita tengoklah keadaan semula,” katanya.

Bagi mengawasi SOP PRN Johor, Khairy berkata, pihaknya ada mewujudkan pasukan di bawah Unit Kesihatan Awam bagi memantau SOP PRN dan mengeluarkan kompaun kepada sesiapa sahaja melanggar SOP tanpa mengira parti atau individu.

“Saya telah minta, pertama berikan teguran jangan kerumuni pemimpin, kedua kita minta supaya jaga penjarakan ketika jalankan jelajah mesra, kita minta penguatkuasa guna budi bicara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya