Calon Barisan Nasional cukup ramuan mewakili rakyat - Hasni

Calon Barisan Nasional cukup ramuan mewakili rakyat – Hasni

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad yakin calon-calon yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini dari kalangan mereka yang mempunyai ciri dikehendaki dan ‘cukup ramuan’ menarik hati rakyat.

Justeru, katanya, pengundi Johor perlu menggunakan peluang terbaik kali ini kerana calon yang dipertaruhkan itu adalah contoh barisan kepemimpinan.

“Gandingan calon berpengalaman dan calon kelayakan itu seimbang untuk pertumbuhan negeri Johor, lebih-lebih lagi dalam konteks pelbagai kaum.

“Apa yang perlu adalah supaya mereka dipilih. Saya amat yakin mereka mempunyai ciri dikehendaki dan ramuan cukup untuk mendampingi mewakili rakyat.

“Mereka adalah people leader, jadi, gunakan ruang dan peluang yang diberikan bukan saja untuk (memenangkan) parti, tetapi untuk (kestabilan) negeri Johor,” katanya dalam wawancara program Soal Rakyat kelolaan sebuah stesen televisyen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan nasihat kepada calon-calon BN yang bertanding kali ini.

Menurut calon Dewan Undangan Negeri Benut itu, calon-calon juga diingatkan untuk bekerja keras dan tidak menggangap kemenangan PRN di Melaka sebelum ini memberi jaminan mudah kepada BN.

Katanya, calon-calon perlu menggunakan bakat dan kepimpinan yang ada untuk mendekati pengundi.

“Mereka perlu bekerja keras, saya amat kecewa jika ada calon anggap kemenangan di Melaka sebagai satu jaminan bahawa keadaan serupa (meraih kemenangan) boleh berlaku.

“Kerap sekali kita ingatkan calon-calon jangan ambil mudah dengan tanggungjawab yang kita pikul,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN