Bomoh dipanggil Atok dituduh cabul mangsa`dirawat’ 

Bomoh dipanggil Atok dituduh cabul mangsa`dirawat’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang bomoh warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita dengan menyapukan limau nipis dan telur ayam ke atas badan wanita itu, bulan lalu. 

Tertuduh, Mohd. Raba’ai Parman, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. 

Mengikut pertuduhan, bomoh itu yang telah berkahwin melakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 9 malam di kediamannya di Taman Rambai Utama dalam daerah Melaka Tengah pada 11 Januari lalu. 

Difahamkan, mangsa berusia 41 tahun pergi  ke rumah tertuduh yang dipanggil ‘Atok’ bersama anak dan rakan lelakinya untuk menjalankan rawatan selepas mengalami masalah emosi tidak stabil serta mudah marah. 

Mangsa kemudian diminta berkemban untuk rawatan mandian sebelum tertuduh menyapu limau nipis ke seluruh badannya sambil meraba sehingga ke bahagian kemaluan. 

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua daripada hukuman itu, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin  RM3,000 beserta syarat tambahan tidak mendekati atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan kemudian menetapkan 28 Mac depan sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya