BN tukar calon?

BN tukar calon?

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) dipercayai membuat pertukaran calon sekurang-kurangnya di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meskipun belum sampai cukup 24 jam.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia tidak dapat mengesahkan perkara itu.

“Pertukaran nama sebelum hari penamaan merupakan perkara biasa. Tetapi berkenaan dua nama, saya belum dimaklumkan lagi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, pertukaran dua kerusi berkenaan dijangka melibatkan DUN Sungai Balang dan Tanjung Surat yang masing-masing terletak dalam kawasan Parlimen Muar dan Pengerang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang, Aznan Tamin dipercayai diberikan watikah pencalonan menggantikan Datuk Syed Sis Abd. Rahman.

Namun, kata putus mengenai pertukaran calon bagi DUN Sungai Balang sehingga kini belum dimuktamadkan.

Asas di sebalik pertukaran itu dipercayai disifatkan sebagai keputusan pucuk pimpinan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya