BN ada perancangan untuk belia Johor - Utusan Malaysia

BN ada perancangan untuk belia Johor

ONN Hafiz Ghazi (berdiri) berucap pada majlis makan tengah hari yang diadakan bersama kakitangan dibawah portfolionya di Kampung Pendas Laut, Iskandar Puteri, Johor. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) mempunyai perancangan mendalam untuk memajukan negeri Johor termasuk dalam aspek pembangunan belia.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bukti komitmen itu dapat dilihat dalam tempoh singkat pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Katanya, antara program yang direncanakan khusus buat pembangunan belia termasuklah penubuhan pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) dan juga Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC).

“Dalam tempoh singkat dan selepas negeri dilanda pandemik Covid-19, kerajaan ini berjaya melaksanakan program SV yang telah membantu mempercepat program vaksinasi bagi seluruh Johor. Tidak cukup dengan itu, sukarelawan SV dari seluruh Johor turut digerakkan membantu mangsa banjir bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di Selangor dan Pahang.

“Itu belum diambil kira pelaksanaan TMIYC di Johor Bahru yang sudah siap dan boleh digunakan. Kemudahan khusus buat belia ini akan diwujudkan di semua daerah seluruh Johor,” katanya selepas menghadiri sesi makan tengah hari bersama kakitangan pejabatnya di Pendas Laut, di sini hari ini.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang itu berkata, kesemua inisiatif itu dilaksanakan kerajaan negeri dalam tempoh kurang dua tahun dan pihaknya mempunyai lebih banyak perancangan pada masa depan.

Tambahnya, rakyat Johor khususnya pengundi boleh melihat dan membandingkan sendiri apakah yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor untuk golongan belia di negeri ini sepanjang 22 bulan mereka memerintah.

“Sehubungan itu, saya menyeru anak muda negeri ini untuk memilih kerajaan negeri dan pemimpin yang telah terbukti mempunyai rekod pencapaian cemerlang berbanding hanya memilih mengikut cakap-cakap di media sosial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya