bekalan makanan ternakan

Biovet, Angkasa bekerjasama atasi bekalan makanan ternakan tempatan

ABDUL FATTAH Abdullah memotong riben simbolik pelancaran Majlis Penyerahan Ternakan Biovet di ibu pejabat Biovet, Kampung Baru Kuala Tekal, Kuala Krau, di Temerloh, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Syarikat Biovet International Sdn. Bhd. buat julung kalinya bekerjasama dalam usaha menangani masalah bekalan makanan ternakan negara. 

Difahamkan negara mengimport RM55.5 bilion produk makanan termasuk bekalan seperti daging kambing yang kini mendapat sambutan tinggi di pasaran. 

Presiden Angkasa, Datuk Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, dalam usaha menggalakkan pengeluaran produk tempatan dan mengurangkan bekalan import itu, tiga buah koperasi menerima serahan lebih 100 ekor kambing biri-biri dengan jumlah keseluruhan bernilai sekitar RM350,000 oleh pihak Biovet International Sdn. Bhd. 

“Tiga koperasi di bawah Angkasa tersebuat ialah Koperasi Bimbingan Ihsan Temerloh Berhad (KOB1), Koperasi Guru-Guru Lepasan Maktab Temerloh Berhad (KOGURU) dan Koperasi Keluarga Haji Moha Ilyas (KOPMAI). 

“Tiga koperasi ini akan bekerjasama dengan pihak Biovet untuk menternak kambing biri-biri dalam usaha menambah produk ini di pasaran sekali gus membantu kerajaan mengurangkan kos mengimport produk ternakan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Ternakan Biovet bertempat di Ibu Pejabat Biovet, Kampung Baru Kuala Tekal, Kuala Krau di sini semalam. 

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, menerusi kerjasama itu, ia membuka ruang kepada koperasi melibatkan diri dalam perniagaan baharu yang mempunyai impak dan potensi tinggi.

“Kita melihat bidang ternakan ini mempunyai permintaan yang tinggi sekali gus mempunyai potensi besar untuk diceburi oleh gerakan koperasi. Ia sekali gus juga dapat memanfaatkan beberapa bidang tanah milik koperasi terlibat yang masih kosong dan tidak digunakan untuk projek ternakan ini,” katanya.

Jelas beliau, untuk perancangan akan datang, Angkasa merangka menjadikan Biovet sebagai rakan kongsi strategik dan kini dalam peringkat meneliti kertas kerja untuk kerjasama berkenaan. 

“Kita melihat kerjasama ini memberikan potensi yang besar dan dilihat lebih terjamin daripada sudut pemasaran yang mana itu yang paling penting dalam bidang pertanian. 

“Pihak Biovet tidak hanya menyediakan infrastruktur dan kepakaran dalam ternakan malah juga memberi jaminan dari sudut pasaran seperti membeli produk dihasilkan dan menjualnya,” katanya. 

Sementara itu, Pengasas Biovet, Syed Naufal Syed Putra pula berkata, kerjasama terbabit tidak hanya bertujuan meningkatkan produk ternakan negara, malah bagi memulihkan bekalan makanan ternakan. 

“Kita faham situasi sekarang bekalan makanan untuk ternakan termasuk palet dan dedak yang diimport terlalu tinggi sehingga menyebabkan peningkatan harga bekalan makanan terbabit.

“Ia juga termasuk dalam salah satu usaha kami untuk memulihkan dan membantu negara bagi menyelesaikan isu ini supaya bekalan makanan untuk mencukup sekali gus memulihkan harga bekalan makanan ternakan negara di pasaran,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya