Berdiri, duduk atas balkoni angkara cinta terhalang

Berdiri, duduk atas balkoni angkara cinta terhalang

ANGGOTA bomba memujuk remaja yang duduk di balkoni sebuah kondominium di Selayang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara cinta terhalang, seorang remaja bertindak berdiri dan duduk atas balkoni rumahnya di sebuah kondominum di Kampung Kenneison, Selayang, di sini hari ini. 

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.25 petang berkaitan kejadian itu. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebanyak 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang  ke lokasi kejadian. 

Menurutnya, semasa tiba, pihaknya mendapati remaja berusia 18 tahun itu sedang berdiri di balkoni di tingkat lapan.

“Ketika itu mangsa tinggal bersendirian manakala kediamannya dikunci dari dalam.

“Usaha memujuk mangsa dijalankan dan mangsa diselamatkan pada pukul 3.45 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa bertindak demikian dipercayai disebabkan cinta terhalang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya