Bekas jaga edar dadah ke tali gantung - Utusan Malaysia

Bekas jaga edar dadah ke tali gantung

OOI Jium Seng (kiri) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ketamin seberat 1,761.1 gram, tiga tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang bekas pengawal keselamatan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis ketamin, tiga tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Ooi Jium Seng selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap kes pihak pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Nurulhuda berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Mahkamah telah meneliti nota keterangan dan membaca hujahan bertulis difailkan oleh kedua-dua pihak. Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan,” jelasnya.

Kata Nurulhuda, berdasarkan keterangan, tertuduh mendakwa bungkusan itu adalah ubat yang perlu disorok bagi mengelak dikenakan cukai.

“Dalam keterangan tertuduh kata telah diugut (oleh seseorang) untuk mencederakan ibu bapanya. Berhubung isu (diugut), tertuduh kata telah diarahkan oleh (seseorang) dan rasa tidak selesa. Jadi itu menunjukkan ada sebab yang mencurigakan iaitu dalam pengetahuan kamu barang berada pada badan,” jelasnya.

Mengikut pertuduhan, Jium Seong, 46, didakwa mengedar dadah disyaki jenis ketamin seberat 1,761.1 gram di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 6.50 pagi, 18 Mei 2019.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Heikal Ismail memanggil seramai lima saksi pendakwaan manakala pembelaan diwakili peguam, Sreekant Pillai mengemukakan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh. Kes itu pertama kali didakwa pada Oktober 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya