Bekalan makanan mangsa banjir di Terengganu cukup 

Bekalan makanan mangsa banjir di Terengganu cukup 

KEADAAN paras air yang meningkat naik di rumah penduduk ketika tinjauan di Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bekalan makanan bagi menampung keperluan mangsa banjir di seluruh negeri, mencukupi walaupun banjir buruk melanda.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bekalan makanan di kesemua 149 pangkalan hadapan itu mampu bertahan untuk tempoh seminggu.

“Setakat ini, tiada masalah tentang bekalan makanan dan saya sudah meminta pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk segera menambah keperluan di pangkalan hadapan serta pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih di sini petang tadi.

Setakat pukul 8 malam ini, seramai 6,963 penduduk melibatkan 2,072 keluarga dipindahkan ke 117 PPS di seluruh negeri.  

Dalam pada itu, Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai turut menasihatkan penduduk di beberapa kampung di situ agar bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan banjir di Kemaman semakin buruk. 

“Di kawasan Air Putih, banjir semakin buruk dan kita bimbang malam ini akan berlaku fenomena air pasang besar dengan ombak setinggi 3.2 meter. 

“Jika berlaku pertembungan air pasang besar dan hujan di bahagian hulu, mungkin beberapa kampung termasuk Bandar Baru Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan dan Kampung Pulau Tempurung akan turut dinaiki air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya