Semakan gaji minimum belum diputuskan - Utusan Malaysia

Semakan gaji minimum belum diputuskan

M.SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang melakukan semakan dan kajian semula kadar bayaran gaji minimum  selaras dengan Akta Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, walaupun semakan kasar terhadap gaji minimum belum diputuskan dan dimuktamadkan kerajaan, terdapat majikan yang mula membayar gaji minimum pada kadar RM1,500.

“Pada masa ini, kadar gaji minimum di Malaysia adalah sebanyak RM1,200 sebulan di kawasan majlis bandaraya dan majlis perbandaran. 

“Bagi kawasan lain, kadar gaji minimum  sebanyak RM1,100 yang berkuat kuasa sejak tahun 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Saravanan berkata, pihaknya menghargai AEON Co. (M) Bhd. dan Westports Holdings yang menawarkan gaji pada kadar RM1,500 kepada para pekerja mereka. 

“Kedua-dua majikan ini menunjukkan contoh yang baik di mana mereka prihatin dengan permasalahan pekerja walaupun dengan keadaan ekonomi yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

 “Atas sikap yang ditunjukkan dua majikan itu, saya ingin menyeru kepada majikan lain mengambil contoh pendekatan sama dan berusaha menawarkan gaji pekerja pada kadar yang melebihi gaji minimum sedia ada,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya