Banjir: Kedah sedia hantar bantuan

Banjir: Kedah sedia hantar bantuan

MUHAMMAD Sanusi Md Nor meninjau salah sebuah gerai menjual makanan ringan ketika melakukan Walkabout di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah, hari ini. - FOTO/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri bersedia untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Kelantan dan Terengganu ketika ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, pihaknya akan menghubungi kerajaan negeri terlibat bagi mendapatkan maklum balas bentuk bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban penduduk terlibat.

“Kerajaan negeri akan bincang lanjut. Di Hulu Terengganu, Terengganu dan Pasir Mas, Kelantan nampak serius banjir ini. Kita akan tengok keperluan. Saya akan hubungi rakan di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Walkabout di Pekan Rabu, di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri akan segera menghantar bantuan setelah menerima maklumat tentang perkembangan terkini di kedua-dua negeri tersebut.

“Jika mereka perlukan kita akan hantar bantuan. Mereka akan memaklumkan situasi semasa di sana kelak,” katanya.

Akhbar melaporkan mangsa banjir di Terengganu semakin meningkat kepada 14,000 orang hari ini sementara di Kelantan pula hampir 8,000 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya