Banjir di Kelantan belum reda

Banjir di Kelantan belum reda

ORANG ramai mengharung air di Pasir Mas yang menjadi jajahan paling teruk terjejas akibat banjir luar jangka di Kelantan kali ini. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini belum reda dengan jumlah mangsa mangsa ditempatkan di 65 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh jajahan kini mencecah 8,464 orang.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 12 tengah hari ini, Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa paling tinggi yang dipindahkan ke PPS iaitu seramai 4,505 orang.

Ini diikuti Kuala Krai yang merekodkan mangsa banjir seramai 2,009 orang, Tanah Merah (747 orang), Jeli (531 orang), Pasir Puteh (352 orang), Machang (270 orang) dan Kota Bharu (30 orang).

Sementara itu,  ebanjir.kelantan.gov.my. melaporkan bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard,Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya.

Kesemua paras air sungai-sungai utama bagaimanapun menunjukkan trend menurun menjelang tengah hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya