Banjir: 82 calon SPM SMK Air Putih pindah

Banjir: 82 calon SPM SMK Air Putih pindah

ANTARA 82 calon peperiksaan SPM SMK Air Putih yang dipindahkan ke SMK Cheneh Baru di Kemaman kerana banjir. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 82 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih dipindahkan hari ini selepas sekolah berkenaan dinaiki air banjir hampir dua meter.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kumpulan pelajar itu dibawa menaiki dua buah lori ke SMK Cheneh Baru yang terletak kira-kira 23 kilometer, pada pukul 1 petang.

“Mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana pada pagi ini memutuskan supaya kesemua calon SPM itu dipindahkan ke sekolah lain yang tidak terjejas banjir.

“Pelajar yang tinggal di asrama SMK Air Putih cuma 39 orang tetapi disebabkan laluan dinaiki air, maka kesemua calon dipindahkan ke sekolah,” katanya hari ini.. 

Hanyan berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin bagi mengambil peperiksaan berikutan situasi banjir yang di luar jangka.

Katanya, buat sementara ini, kesemua 82 pelajar itu akan menduduki SPM bersama 77 pelajar SMK Cheneh Baru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya