Bahas Kad Warga Asing dalam persidangan DUN Sabah

Bahas Kad Warga Asing dalam persidangan DUN Sabah

CHRISTOPER MANDUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Cadangan mengenai pemberian Kad Warga Asing perlu dibawa dan dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi mengambil kira pandangan semua pihak.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Christoper Mandut berkata, perbahasan secara terbuka itu akan membolehkan setiap pemimpin dapat menyuarakan pendapat masing-masing mengenai pemberian Kad Warga Asing tersebut.

Sebelum sebarang keputusan diambil, perbincangan perlu dilakukan secara terperinci kerana isu berkaitan pemberian kad itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Sabah.

“Pergerakan Pemuda PBS tidak akan mendiamkan diri sekiranya tiada perbincangan dibuat sebelum keputusan mengenai pemberian kad itu dimuktamadkan.

“Sebarang pemberian apa-apa dokumen pengenalan diri perlu diteliti daripada semua sudut kerana ia adalah isu yang sensitif dan melibatkan perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Noor yang menjelaskan belum ada sebarang keputusan mengenai cadangan Kad Warga Asing itu memberi sedikit kelegaan.

Hajiji menyatakan perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam jawatankuasa berkaitan dan Kabinet Negeri.

Christoper, yang juga Pengerusi KKIP Property Sdn. Bhd. berkata, isu pendatang asing tanpa izin (PATI) perlu diselesaikan dengan segera menerusi kuasa politik dan kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan.

Di samping itu katanya, kerajaan Persekutuan juga perlu melipatgandakan usaha mempertahankan kuasa-kuasa imegresen yang melibatkan isu PATI di Sabah.

Jelas beliau, semua pihak perlu bersatu hati dan mempertahankan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63). UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya