arked tanjung dawai

Arked Tanjung Dawai sesak, jalan masuk sempit

BEBERAPA gerai yang beroperasi di tepi jalan yang sempit dikatakan menjadi punca sering berlaku kesesakan di hadapan Arked Tanjung Dawai, Merbok, Sungai Petani, Kedah. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pusat jualan produk hasil laut, Arked Tanjung Dawai di sini merupakan lokasi yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Bagaimanapun keadaan di sekitar kawasan arked tersebut didapati sesak kerana jalan masuk didapati sempit dan kawasan letak kereta yang terhad.

Pengunjung dari Alor Setar, Kassim Zainal, 45, berkata, dia sering berkunjung di arked ini untuk membeli produk hasil yang dijual murah, namun berlaku kesesakan di jalan masuk ke kawasan ini pada hari-hari tertentu.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila terdapat beberapa gerai yang dibuka di tepi jalan masuk ke arked tersebut sehingga menyebabkan kesesakan pada hari-hari tertentu.

Katanya, situasi bertambah buruk apabila terdapat pemandu yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu jalan masuk di kawasan tersebut.

“Masalah kesesakan ini kebiasaannya berlaku pada hari hujung minggu dan cuti umum sahaja, tetapi pada hari-hari lain pula suasana agak tenang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pengunjung dari Pulau Pinang, Hamid Hassan, 48, berpendapat, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) perlu menyediakan kawasan tempat letak kenderaan dengan lebih luas untuk keselesaan pengunjung.

“Kekurangan tempat meletak kenderaan menyebabkan pengunjung memilih bahu jalan untuk meletak kenderaan mereka.

“Lebih bagus jika diletakkan anggota MPSPK atau anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk bertugas mengawal lalu lintas supaya trafik lebih lancar,” ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga produk hasil laut, Rahmah Ahmad, 52, berkata, para peniaga arked turut terkesan jika kesesakan lalu lintas sering berlaku di kawasan ini.

Ini kerana, katanya, mereka mengharapkan lebih ramai pelancong yang berkunjung dan membeli-belah di arked perniagaan ini.

“Kami mahu ramai pelanggan membeli-belah di sini tetapi jika mereka terperangkap dalam kesesakan, kemungkinan mereka berpatah balik dan tidak mengunjungi premis perniagaan ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya