Dua beranak didakwa miliki arak haram - Utusan Malaysia

Dua beranak didakwa miliki arak haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang warga emas dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki lebih 1,200 arak haram atau tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Tertuduh, P. Aplanayara, 65, dan anaknya, A. Kartik, 35, memohon dibicarakan selepas pertuduhan bersama dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Pertuduhan pertama, tertuduh secara bersama pada 20 Februari 2020 kira-kira pukul 9.30 malam di Taman Sri Geligor, Kuala Pilah, dengan disedari memiliki barang larangan yang ditemui di dalam premis (rumah) iaitu sebanyak 1,248 tin bir pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan sebanyak RM3,494.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua, tertuduh secara bersama pada 20 Februari 2020 kira-kira 9.30 malam di sebuah premis Taman Sri Gelugor, memiliki barang berduti eksais yang tidak dibuktikan telah dibayar duti eksais iaitu sebanyak 768 tin bir pelbagai jenama dengan nilai duti eksais yang terlibat sebanyak RM13,011.60.

Kesalahan didakwa di bawah Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 74(1)(iv)(A) akta yang sama dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai duti eksais atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa JKDM, Sarah Abidah Abdul Jabbar menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan namun tertuduh yang diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Nurul Aina Ardilla Abdul Halim meminta jaminan dikurangkan dengan alasan kedua-dua tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan 16 Mac ini bagi tarikh sebutan semula kes.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya