Anwar minta Muda terus bersama PH - Utusan Malaysia

Anwar minta Muda terus bersama PH

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) terus bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, beliau yakin parti yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu akan memberi respons positif biarpun berlaku masalah dalam pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

“Sekiranya Muda mengikut semangat manifesto yang sama dan selesaikan masalah rundingan, saya tidak ada masalah untuk pastikan calon-calon Muda turut menang pada PRN Johor.

“Kita tunggu respons mereka dan saya percaya, insya-Allah respons itu akan positif,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PKR pada PRN Johor di Pulai Spring Resort, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengarah Pilihan Raya Pusat, Fuziah Salleh.

Semalam, Syed Ibrahim menjelaskan pintu rundingan pembahagian kerusi PKR dengan Muda sudah tertutup setelah parti mengumumkan kesemua 20 calon PKR bagi kerusi yang akan ditandingi.

Katanya, beliau berharap perkara itu tidak menjejaskan hubungan kerjasama antara Muda dengan PH dalam memenangi PRN Johor bulan depan.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, memang ada rundingan awal tentang pembahagian kerusi membabitkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Belum pernah seawal ini Kita mencapai kata sepakat membabitkan tiga parti dalam soal pembahagian kerusi, di Johor ini adalah yang pertama. Jadi, saya berharap hubungan baik ini dapat diteruskan dalam meneruskan perjuangan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya