Akmal diarah tutup lapan hari 

Akmal diarah tutup lapan hari 

NOTIS penutupan Akmal di Bukit Baru, Melaka sehingga 26 Februari ini berikutan 53 individu yang berkhidmat di situ disahkan positif Covid-19. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas pendedahan Utusan Malaysia, Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) di Bukit Baru dekat sini diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan bermula semalam sehingga 26 Februari ini.

Ia berikutan seramai 53 individu yang berkhidmat di situ disahkan positif Covid-19 sejak Sabtu lalu.

Mengesahkan hal itu kepada akhbar ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, akademi berkenaan diarahkan tutup lapan hari berikutan seramai 42 peserta Kursus Asas Pembantu Penguatkuasa Kastam (Kusas) WK19 disahkan positif.

“Turut disahkan positif ialah 11 kakitangan. Bilangan kes yang dinotifikasi ialah seramai 53 orang (42 pelatih dan 11 pegawai), manakala penilaian risiko dibuat ke atas 324 pelatih dan 25 orang pegawai dan sampel yang diambil seramai 48 individu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, banyak pihak mempersoal mengapa Akmal tidak ditutup buat sementara. ekoran 47 daripada 324 peserta Kusas WK19 disahkan positif Covid-19, sejak Sabtu lalu. 

Turut disahkan positif wabak tersebut ialah 14 kakitangan di akademi berkenaan, malah ia turut menular kepada keluarga salah seorang daripada mereka. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya