Dasar agro makanan Johor tingkat pengeluaran - Utusan Malaysia

Dasar agro makanan Johor tingkat pengeluaran

HASNI Mohammad (tengah) bergambar bersama penerima sijil sempena Majlis Penghargaan Kepada Penyumbang Sektor Agromakanan 2022 di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penggubalan Dasar Agro Makanan Negeri Johor adalah satu kemestian bagi membolehkan kerajaan negeri merangka pelan jangka panjang  lebih sistematik.

Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, usaha ini penting bagi tujuan meningkatkan pengeluaran makanan seterusnya menambah bilangan pengusaha terlibat dalam pengeluaran makanan.

Beliau berkata, ini kerana nilai sumbangan sektor Agro Makanan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menunjukkan peningkatan setiap tahun sehingga RM16.3 billion.

Katanya, sektor Agro Makanan turut mencatatkan pertumbuhan sehingga 3.1 peratus ketika sektor lain menunjukkan penguncupan mendadak akibat pandemik Covid-19.

“Bila kerajaan membentuk Bajet 2022, usaha untuk membangunkan sektor Agro Makanan ini perlu lebih tersusun dan berstruktur.

“Kita sedari sektor pertanian dan Agro Makanan Johor telah melalui fasa transformasi pemodenan seiring dengan pengiktirafan negeri ini sebagai nadi pertumbuhan negara. 

“Justeru,  selain  memberi tumpuan kepada sektor ini sebagai Impetus Ekonomi Baharu, kerajaan negeri juga sedang dalam peringkat akhir penggubalan Dasar Agro Makanan Negeri Johor 1.0,” kata pada Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya