Agong, Raja Permaisuri bangga pencapaian pasukan badminton 

Agong, Raja Permaisuri bangga pencapaian pasukan badminton 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita serta bangga atas pencapaian cemerlang pasukan badminton lelaki kebangsaan menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, semalam.

Istana Negara dalam Facebook memaklumkan, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar kejayaan itu menjadi suntikan semangat kepada pasukan badminton kebangsaan untuk terus berlatih lebih keras dan melakar kejayaan di kejohanan-kejohanan mendatang serta mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Agong dan Raja Permaisuri menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan badminton lelaki kebangsaan atas kejayaan menjuarai BATC 2022 semalam.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas pencapaian cemerlang itu kerana pasukan badminton negara telah mencipta sejarah selepas muncul juara kejohanan tersebut buat pertama kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.

“Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada pasukan badminton kebangsaan untuk terus berlatih lebih keras dan melakar kejayaan di kejohanan-kejohanan mendatang serta mengharumkan nama negara di persada dunia,” kata kenyataan itu hari ini.

Kejohanan dwitahunan ini juga adalah pentas kelayakan bagi saingan Piala Thomas dan Uber, yang  mana empat pasukan terbaik akan layak ke acara berpasukan itu pada Mei ini. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya