Afdlin Shauki positif Covid-19, Anwar Ibrahim ambil berat

Afdlin Shauki positif Covid-19, Anwar Ibrahim ambil berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki terharu setelah menerima kiriman kad ucapan daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mengetahui pelakon berkenaan positif dijangkiti Covid-19.

Dalam masa sama, Afdlin menerusi hantaran di Instagram berkata, keadaan paras oksigennya tidak begitu stabil.

“Terharunya… Tak pernah lagi seumur hidup aku, tengah sakit orang-orang hebat macam ini ingat dekat aku.

“Terima kasih Kak Wan (Datuk Seri Dr. Wan Azizah) dan DSAI kerana prihatin dekat saya yang terlebih comel ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata semangat.

“Sekarang tahap oksigen tidak menentu dan naik turun. Harap semua baik, doakan saya dan team saya. Insya-Allah perkenankanlah,” tulisnya.

Terdahulu, menerusi satu hantaran berbeza, Afdlin memohon maaf kerana tidak dapat menjawab sebarang panggilan atau mesej.

“Maaf kalau tak dapat jawab panggilan atau balas mesej. Aku rasa Allah SWT mahu aku rehat sementara,” ujarnya.

Sementara itu, maklumnya lagi, enam orang daripada pasukannya turut dijangkiti dan tidak menafikan urusan kerja terjejas.

“Harap maaf atas segala kesulitan tapi sekarang tiba masa untuk aku jaga diri aku,” katanya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, Afdlin juga memuat naik paparan skrin status MySejahtera, tahap 1 (CAT 1).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya