9,510 pelajar Unisza kembali ke kampus mulai 9 Mac 

9,510 pelajar Unisza kembali ke kampus mulai 9 Mac 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 9,510 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dijadualkan kembali ke kampus secara berperingkat bermula 9 Mac ini.

Naib Canselor (menjalankan fungsi), Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, proses kemasukan adalah mengikut kategori ditetapkan dengan keutamaan diberikan kepada 4,932 penuntut yang memerlukan kemudahan seperti praktikal, makmal, klinikal dan bengkel di samping pelajar badan beruniform.

Katanya, kemasukan golongan kategori satu itu adalah pada 9 hingga 12 Mac.

“Pelajar kategori dua hingga lima yang terdiri daripada 1,504 orang pula akan pulang pada 21 hingga 25 Mac

“Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalanlam secara hibrid mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadzli, golongan kategori dua adalah pelajar berkeperluan khas diikuti pelajar ketiadaan akses internet (tiga) manakala pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu (lima). 

Katanya, pelajar yang bukan daripada kategori satu hingga lima pula adalah seramai 3,074 orang dan kembali ke kampus pada 3 hingga 20 April. 

Beliau berkata, penuntut diminta mengisi surat kebenaran kembali ke kampus menerusi laman portal pelajar di samping membuat permohonan jika ingin tinggal di kolej kediaman. 

“Bagi pelajar yang lengkap vaksinasi Covid-19, mereka hanya perlu menjalani ujian air liur manakala golongan sebaliknya pula perlu membuat ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) tiga hari sebelum ke kampus dengan ditanggung sendiri,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya