9 kampung di Hulu Dungun terputus hubungan darat - Utusan Malaysia

9 kampung di Hulu Dungun terputus hubungan darat

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan penduduk ke bukit berdekatan selepas PPS dihuni dinaiki air di Kampung Rantau Panjang, Hulu Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sebanyak sembilan kampung di Hulu Dungun di sini terputus hubungan jalan darat selepas laluan ke kampung berkenaan dinaiki air banjir sejak petang semalam.

Utusan Malaysia difahamkan, ada antara laluan dinaiki air sehingga 3.6 meter.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, lokasi terjejas ialah di Kampung Minda, Talong, Kuala Jengai, Dendang, Padang Ping, Jerangau, Lintang, Rantau Panjang dan Tepus.

“Bekalan makanan di kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi manakala barangan tambahan seperti bahan mentah pula akan dihantar dengan menggunakan bot.

“Penggunaan radio amatur menjadi perantara untuk penduduk berhubung dengan pihak luar walaupun ada ketikanya peralatan itu mempunyai beberapa masalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Ghazali difahamkan bekalan elektrik di empat kampung iaitu Kampung Minda, Kampung Talong, Kampung Kuala Jengai dan Kampung Tepus kini dihentikan susulan pencawang elektrik ditenggelami air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya