5,205 mahasiswa UMT mengundi dalam talian elak penularan wabak

5,205 mahasiswa UMT mengundi dalam talian elak penularan wabak

UMT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 55.52 peratus pelajar iaitu 5,205 daripada 9,375 penutut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengundi secara dalam talian untuk pilihan raya kampus universiti berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakaria berkata, proses pengundian itu dilakukan bagi mengelakkan ancaman Covid-19 varian baharu Omicron.

DR HAFIZ ZAKARIA

Menurut beliau, proses tersebut berjalan lancar dengan menggunakan portal MyUndi di MyNemo UMT bagi memilih barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  sesi 2021/2022 yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan baharu yang berjaya menambat hati pengundi dalam kalangan pelajar.

“Saya berharap barisan kepimpinan baharu ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan melakukan pembaharuan yang menguntungkan warga pelajar,” katanya dalam kenyataannya.

Terdahulu, akhbar melaporkan jangkitan harian Covid-19 menunjukan kecenderungan meningkat.

Hafiz berkata, sesi pengundian itu turut melibatkan 33 orang calon dengan pecahan 15 calon bertanding di peringkat Umum dan 18 calon bertanding di peringkat fakulti.

“Antara calon yang membarisi kepimpinan baharu iaitu Nur Shazleen Esham (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial), Umar Mohd Yusof (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial), Nurin Faqihah Mahadi (Fakulti Pengajian Maritim), Muhammad Nur Aiman Aliff Ab Razak (Fakulti Pengajian Maritim).

“Nurdini Ahmad (Fakulti Perikanan dan Sains Makanan), Ahmad Rusyaidi Che Ayob (Fakulti Perikanan dan Sains Makanan), Nur Aisyah Farhanah Zamri (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Muhammad Syafiq Rafa’ie Mohd Noh (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Ameerul Iskandar Abdullah (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik).

“Afdalina Ba Barahim (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik), Brendon Vun Man Fook (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Muhammad Al-Nurfirdaus Nazri (Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial).

“Fatin Nuraqilah Ahmad Zairil (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Nur Amirah Agus (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin), Nur Syamimi Mohd Rudin (Fakulti Pengajian Maritim),” ujarnya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN