40 rumah rosak dalam kejadian ribut - Utusan Malaysia

40 rumah rosak dalam kejadian ribut

KEADAAN bumbung sebuah masjid yang rosak dalam kejadian ribut di tujuh mukim di Baling semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Lebih 40 buah rumah di tujuh mukim mengalami kerosakan dalam kejadian ribut dan hujan lebat di daerah ini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang, kejadian ribut itu melanda Mukim Pulai, Mukim Kupang, Mukim Tawar, Mukin Siong, Mukim Bakai , Mukim Baling dan Mukim Teloi Kanan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, kejadian tersebut menyebabkan kebanyakan bumbung rumah penduduk kampung diterbangkan angin dan pokok tumbang di beberapa buah kampung.

“Namun begitu, tiada kecederaan yang dilaporkan walaupun kebanyakan rumah mangsa dimasuki air akibat bumbung mereka diterbangkan angin kencang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, jumlah keseluruhan rumah yang rosak dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, mangsa ribut, Norazian Ahmad, 46, berkata, ketika kejadian ribut itu, dia dan dua anaknya sedang berehat di dalam rumah.

“Cuaca sangat elok petang semalam, tiba-tiba kedengaran angin kencang diikuti hujan lebat seperti berpusing di atas bumbung rumah saya. Kami anak beranak berpelukan dan tidak berani keluar rumah, dengan sekelip mata beberapa keping atap zink di bahagian atas rumah dan di dapur tercabut serta bumbung di hadapan pintu utama pula hampir runtuh,” Norazian.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abdul Nasir Idris pula memberitahu, siasatan masih dilakukan bagi memastikan mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut itu tidak tercicir menerima bantuan makanan.

“Mangsa terlibat juga disaran membuat laporan polis ekoran bagi memudahkan urusan lain-lain bantuan selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri termasuk Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya