29 pasangan bukan Islam kahwin serentak, pilih tarikh unik - Utusan Malaysia

29 pasangan bukan Islam kahwin serentak, pilih tarikh unik

MOHAMMAD Abdullah (tengah) bersama-sama meraikan pasangan bukan Islam yang melangsungkan perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JPN PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Momen perkahwinan lebih indah dengan memilih tarikh unik, 22 Februari 2022 diabadikan 29 pasangan bukan Islam yang disatukan dalam satu upacara perkahwinan dilangsungkan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh Pahang, semalam.

Pengarah JPN negeri, Mohammad Abdullah berkata, tarikh itu dilihat istimewa kerana bukan sahaja mudah diingati malah ia seakan-akan mempunyai makna angka bertuah untuk diraikan.

Menurutnya, Bahagian Perkahwinan dan Perceraian (BKC) JPN Pahang telah mengadakan majlis bagi meraikan pasangan yang memilih tarikh unik dan istimewa tersebut.

“Majlis juga diadakan bagi mempromosikan pendaftaran perkahwinan sivil. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara jabatan dengan pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Seramai sembilan pasangan selamat melangsungkan perkahwinan di Pejabat JPN Pahang, dekat sini, manakala 20 lagi di beberapa daerah lain di negeri ini.

Tambah Mohammad, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 tetap dititikberatkan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Katanya, upacara perkahwinan yang berlangsung membabitkan setiap pasangan dibuat secara penggiliran mengikut waktu yang ditetapkan.

“Secara tidak langsung program ini turut menyokong konsep Keluarga Malaysia yang berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang telah diketengahkan.

“Ia juga sebagai permulaan dalam usaha menunjukkan komitmen jabatan untuk menyokong aspirasi kerajaan dan program-program yang akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN