22 kes kematian bukan disebabkan dos penggalak - NPRA

22 kes kematian bukan disebabkan dos penggalak – NPRA

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan 22 daripada 42 kes kematian yang dikaitkan dengan dos penggalak disahkan bukan disebabkan pelalian berkenaan. 

Menjelas lanjut perkara itu, Pengarah NPRA , Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, siasatan terperinci yang dijalankan Jawatankuasa Farmakovigilans terhadap 22 kes kematian itu jelas tidak mempunyai kaitan dengan dos penggalak.

Menurutnya, baki 20 lagi aduan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang diterima pihaknya masih lagi dalam siasatan.

“Ketika ini, 22 kes sudah dinilai, manakala 20 lagi masih menunggu siasatan dan penelitian pakar. Kami dapati, hasil penilaian Jawatankuasa terhadap 22 kes itu tidak ada hubung kait atau causality vaksin yang menyebabkan kematian,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak termasuk media membaca kenyataan sepenuhnya diberikan sebelum ini dan tidak dibaca sebahagian sahaja sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, beliau bimbang salah lapor itu akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan menggambarkan  bahawa pengambilan vaksin membawa kepada kematian.

“Saya harap kenyataan yang diberikan sebelum ini dibaca betul-betul dan tidak diambil separuh-separuh bagi mengelak kekeliruan awam. Laporan penyiasatan terhadap satu-satu kes kematian mengambil masa dan ia akan dinilai oleh ahli jawatankuasa yang mahir dengan pelbagai kepakaran,” katanya. 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, apabila ada kematian dilaporkan selepas menerima vaksin, satu penyiasatan akan dijalankan.

Katanya, mayat berkenaan kemudian akan di bawa ke unit forensik untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian sama ada disebabkan penyakit jantung dan sebagainya. 

“Selain itu, kita juga akan mengambil sampel-sampel pada mayat sebelum di bawa ke makmal untuk melihat sama ada wujud virus lain atau penyakit lain. Kita akan tunggu laporan makmal itu terlebih dahulu barulah kita boleh umumkan sebab-sebab kematian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya