159 nelayan Vietnam didenda RM38.25 juta - Utusan Malaysia

159 nelayan Vietnam didenda RM38.25 juta

ANTARA 14 bot nelayan Vietnam yang dilucut hak kerana menceroboh perairan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 159 nelayan Vietnam didenda RM38.25 juta di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menceroboh perairan negara, antara Mac 2021 hingga Januari, tahun ini.

Hakim, Nooriah Osman menjatuhi hukuman tersebut selepas kesemua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 60 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Nooriah memerintahkan warga Vietnam itu dipenjara sehingga tujuh bulan jika gagal membayar denda.

Di samping itu, kesemua 14 bot dan peralatan menangkap ikan berkenaan turut dilucut hak kepada kerajaan Malaysia dengan nilai rampasan kira-kira RM20 juta.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari dan Haryati Abdullah mengikut Sekyen 15(1)(a) dan Seksyen 16(3), Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pihaknya akan terus melaksanakan rondaan bagi mengekang kegiatan pencerobohan nelayan asing yang tidak serik mencuri hasil laut negara.

“Kita  tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh perairan negara, malah kita memandang serius penglibatan nelayan tempatan yang bersekongkol dan menjadi tali barut nelayan asing.

“Rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya