11 rakyat Malaysia di Ukraine sedang dibawa keluar

11 rakyat Malaysia di Ukraine sedang dibawa keluar

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 11 warga Malaysia yang berada di Ukraine sedang dibawa keluar dari negara Eropah tersebut susulan pelancaran operasi ketenteraan Rusia terhadap jirannya itu.

Perkara berkenaan disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi akaun sosial rasmi beliau malam ini, sebagai mengulas perkembangan terkini di negara tersebut.

“Kerajaan sedang berusaha melaksanakan proses evakuasi untuk kesemua 11 rakyat Malaysia yang masih lagi berada di Ukraine,” kata beliau melalui hantaran ringkas berkenaan.

Ia sebagai reaksi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika acara lawatan rasmi di Kemboja petang tadi berhubung nasib baki warga Malaysia di Ukraine.

Terdapat sejumlah 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Kyiv dengan 12 orang daripada mereka sudah dalam perjalanan pulang ke tanah air.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pagi tadi telah mengisytiharkan pencerobohan pasukan tentera negara tersebut ke Ukraine serta siri serangan peluru berpandu dan roket dari pelbagai arah.

11 rakyat Malaysia di Ukraine sedang dibawa keluar

Saifuddin turut mengesahkan bahawa pihak kedutaan memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat sebelum mereka dapat pulang ke Malaysia.

Namun beliau tidak menyatakan sama ada mereka akan dipindahkan menerusi jalan darat ke negara jiran atau laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Boryspil dekat Kyiv. Ia ekoran semua penerbangan antarabangsa dari situ sudah digantung susulan notis amaran misi udara atau NOTAM yang diterbitkan pihak berkuasa penerbangan awam Ukraine.

Warga Malaysia di Ukraine dan memerlukan perkhidmatan konsular, boleh menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia yang beralamat di No.18, Arsenalna Street, 01011 Kyiv. Pejabat misi diplomatik tersebut boleh dihubungi terus menerusi telefon +380 442 855 271 atau talian khas selepas waktu pejabat pukul 5 petang hingga 8 pagi iaitu +380 988 387 885.

Canseri berkenaan yang mula dibuka sejak 2004 lalu, turut menerima makluman daripada rakyat Malaysia melalui e-mel iaitu [email protected] atau [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya