Warga asing berparti di pantai PD, positif ganja - Utusan Malaysia

Warga asing berparti di pantai PD, positif ganja

SEKUMPULAN warga asing yang berparti bagi menyambut ambang tahun baharu 2022 di Pantai 2, Batu 8 di Telok Kemang, Port Dickson ditahan polis kerana tidak memiliki pasport yang sah dan visa telah tamat tempoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sekumpulan 50 warga asing daripada pelbagai negara dikesan berpesta bagi menyambut ambang tahun baharu di Pantai 2, Batu 8 di Telok Kemang, di sini sebelum dicekup pihak berkuasa awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam serbuan di pantai tersebut awal pagi tadi, seramai 24 warga asing termasuk 21 wanita ditahan kerana tidak memiliki pasport yang sah dan visa  tamat tempoh.

“Daripada jumlah itu, terdapat 12 warga Thailand, Nigeria (4 orang), Filipina (4 orang), Indonesia (2 orang), Sierra Leone (2 orang). Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) & Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, pemeriksaan ke atas 26 lagi warga asing termasuk 11 wanita yang terlibat dalam pesta itu mendapati mereka mempunyai pasport yang sah.

“Pemeriksaan tersebut dijalankan ke atas 15 warga Nigeria, Genuine (5), Filipina (3), Cameroon (1), Sierra Leone (1) dan Thailand (1), namun kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan sah.Semasa serbuan pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menyita beberapa peralatan menghisap shisha berdekatan stor pam air dipercayai milik kumpulan warga asing tersebut,” katanya.

Jelas Aidi Sham, pemeriksaan lanjut oleh MPPD telah menjumpai satu bungkusan plastik mengandungi ketulan daun kering serta gulungan rokok disyaki ganja dianggarkan seberat 86.11 gram. 

“Ujian air kencing kemudiannya dibuat terhadap lelaki warga asing tersebut dan tiga daripadanya didapati positif dadah jenis ganja. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya