Wanita UMNO Johor mahu lebih calon sayap tersebut - Utusan Malaysia

Wanita UMNO Johor mahu lebih calon sayap tersebut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Wanita UMNO Johor mahu lebih banyak calon srikandi  diletakkan mewakili parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ketuanya, Asiah Md. Ariff berkata, pihaknya berharap jumlah calon wanita dapat digandakan berbanding pencalonan dalam pilihan raya terdahulu.

“Saya memang minta agar ada pertambahan dalam kalangan calon wanita berbanding jumlah sedia ada kerana sekarang kita ada empat wakil dalam kerajaan.

“Pertambahan berapa ramai (calon wanita) itu bergantung kepada parti tetapi saya berharap sekiranya boleh dapat sekali ganda.

“Tetapi saya yakin, Pengerusi UMNO Johor (Datuk Hasni Mohammad) akan tambah calon wanita dalam PRN Johor,” katanya ketika ditemui di pejabat UMNO Johor, di sini.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas berkenan menerima mengadap Menteri Besar.

Sementara itu, Asiah turut memberitahu, pihaknya bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak tetapi mengakui Barisan Nasional (BN) mampu menghadapi PRN tanpa penglibatan mana-mana parti lain.

“Kalau bersendirian (BN sahaja) pun InshaAllah, tetapi saya tidak mahu komen berhubung perkara itu kerana biarlah pucuk pimpinan parti yang membuat sebarang kenyataan. Sebab buat masa ini kita belum mendapat apa-apa arahan khususnya berkaitan kerjasama bersama Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).

“Tetapi bagi Wanita UMNO Johor, kita komited untuk bekerja keras bagi membantu kemenangan BN dalam PRN nanti,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya