UUM mahu lahir atlet E-Sports, perkasakan sukan universiti

UUM mahu lahir atlet E-Sports, perkasakan sukan universiti

HENDRIK Lamsali (duduk, dua dari kiri) diberi taklimat mengenai kemudahan yang disediakan di Studio E-Sport di Pusat Sukan UUM, Sintok, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini membuka sebuah Studio E-Sport yang pertama di Pusat Sukan UUM di sini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, pembukaan Studio E-Sports ini bagi memperkasakan bidang sukan di universiti ini selain mengetengahkan bakat dan minat pelajar ke arah arena global. 

Kata beliau, sukan E-Sports ini merujuk kepada permainan video yang dianggap sebagai sukan profesional yang memaparkan pemain berbayar, peminat yang besar, menjual arena, penajaan dan bayaran kejohanan besar. 

“Studio ini telah dilengkapi fasiliti seperti skrin hijau, kamera atau webcam, mikrofon, pembahagi kabel dan peralatan penstriman untuk setiap pasukan yang bermajn permainan secara dalam talian.

“Dengan kemudahan ini, pelajar dapat rehatkan diri dan minda dari kesibukan akademik, selain dapat mencungkil serta meningkatkan kemahiran malah dapat bersaing seiring dengan pasukan-pasukan profesional besar dan mengembangkan potensi ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan, Dr. Za’im Ahmad berkata, harapan beliau, atlet E-Sports UUM dapat dilahirkan dengan pembukaan studio ini, seterusnya boleh mewakili Malaysia selain menaikkan nama UUM di persada anatarabangsa.

“Selain itu, Pusat Sukan akan meneruskan lagi iltizam dan komitmen daripada aspek tanggungjawab bukan sahaja pembudayaan bersukan malah sosial korporat dan menambah nilai pelajar di dalam memartabatkan sektor pengajian tinggi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya