Terkedu jumpa bangkai penyu  - Utusan Malaysia

Terkedu jumpa bangkai penyu 

BANGKAI penyu yang ditemukan terdampar oleh orang awam di Pantai Sura Hujung di Dungun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Keterujaan empat sekeluarga  melihat secara dekat penyu mendarat di Pantai Sura Hujung di sini bertukar sedih apabila reptilia marin itu ditemukan mati. 

Siti Norhairose Azney Ahmad, 33, berkata, dia sama sekali tidak menyangka penyu itu rupanya sudah menjadi bangkai kerana fizikalnya masih baik tanpa seberang kecederaan. 

Katanya, bangkai penyu itu ditemui  pukul 2.30 petang ketika dia bersama adik dan dua anak membeli makanan di kedai berhampiran pantai berkenaan. 

“Selepas nampak penyu dipukul ombak, kami meluru ke pantai kerana teruja untuk melihatnya dengan lebih dekat, namun kami kemudian terkedu apabila haiwan itu sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Siti Norhairose Azney, itu pengalaman pertama mereka sekeluarga melihat penyu secara dekat.

Katanya, berdasarkan keadaan penyu itu berkemungkinan ia baharu mati.

Kes terbaharu ini sekali gus menjadikan kematian penyu di Terengganu melonjak kepada 12 kes dalam tempoh kira-kira sebulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya