Paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai lepasi tahap amaran - Utusan Malaysia

Paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai lepasi tahap amaran

Sungai Kelantan di Tangga Krai mencatat paras amaran setakat pukul 10 pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai melepasi paras amaran iaitu 23.32  meter walaupun sedikit menurun selepas kali terakhir direkodkan pukul 10 pagi ini, mengikut portal eBanjir Kelantan hari ini.

Sementara di Jambatan Guillemard, paras air sungai yang sama surut kepada 12.47 meter ke tahap berjaga walaupun melepasi mencatat paras amaran 14.21 meter pukul 8 pagi tadi.

Turut pada paras berjaga ialah Sungai Golok di Rantau Panjang 7.96 meter berbanding paras amaran 8.04 pada pukul 8 pagi ini manakala di Kuala Jambu paras air normal 1.31 meter.

Dalam pada itu, Sungai Galas di Dabong masih pada paras normal sehingga pukul 10 pagi tadi manakala Sungai Lebir di Tualang mencatat 29.26 meter iaitu paras berjaga.

Paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja turun surut kepada 2.22 meter pada paras normal berbanding 3.03 meter pada pukul 8 pagi tadi manakala di Jenob masih normal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN