BENTONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di sini ditutup seminggu susulan penularan wabak Covid-19 di sekolah berkenaan.
Berdasarkan notis Pejabat Kesihatan Daerah, sekolah itu ditutup bermula 19 Januari hingga 25 Januari ini.
Penutupan itu dibuat bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.
Difahamkan individu positif dibawa ke pusat kuarantin di Kuantan dan Maran manakala kira-kira 34 pelajar yang menjadi kontak rapat turut dikuarantin.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, setakat ini, seramai 21 individu disahkan positif Covid-19.
Jelasnya, individu yang positif melibatkan 19 pelajar dan seorang guru.- UTUSAN