Rugi RM245 juta kes tipu pelaburan tahun lalu - Utusan Malaysia

Rugi RM245 juta kes tipu pelaburan tahun lalu

MOHD. KAMARUDDIN MD. DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 3,195 kes penipuan pelaburan direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu membabitkan kerugian RM245 juta berbanding 1,671 kes dengan kerugian RM183.7 juta pada 2020.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, seramai 1,833 dan 906 individu terbabit kes itu masing-masing ditahan pada 2021 serta 2020.

“Skim penipuan pelaburan sememangnya mudah untuk menarik perhatian orang ramai terutama membabitkan pulangan keuntungan besar dengan pakej pelaburan mampu milik.

“Skim pelaburan ditawarkan kebiasaannya hanya memerlukan modal permulaan rendah dan menggunakan kaedah pelaburan diiklankan melalui media sosial seperti Facebook, YouTube, WeChat serta WhatsApp,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Kamarudin berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung kes sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long menawarkan pinjaman kepada mangsa banjir. 

“Bagaimanapun, kita akan terus memantau perkara itu. Sekarang ini memang ramai membantu mangsa banjir dan memang kita galakkan perkara berkenaan.

“Kita perlu memastikan tiada yang mengambil kesempatan dan menipu mangsa banjir,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya