Pesakit mental serang bapa maut mengejut - Utusan Malaysia

Pesakit mental serang bapa maut mengejut

KLUANG: Seorang warga emas dilaporkan hilang ketika pergi ke kebun dengan menunggang motosikal di Batu 17, Jalan Kluang-Kahang, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap kematian seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang bapanya di Kampung Temong Hilir, Perak semalam. 

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan kes tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT).

Menurut beliau, pada pukul 7 malam, 29 Januari, Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar mendapat maklumat berhubung seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai pesakit mental yang mengamuk dan menyerang bapanya. 

“Polis tiba di lokasi kejadian mendapati suspek dalam keadaan agresif sedang bergelut dan ditahan atas tanah oleh empat lelaki termasuk bapanya. 

“Polis kemudian membantu menahannya untuk membawa ke Hospital Kuala Kangsar bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, Azri berkata, mangsa tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan dan disahkan meninggal dunia. 

Ujar beliau, setakat ini, kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat diperoleh.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya