ARAU: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan, pandangan dan pendirian pimpinan bawahan Pas berhubung soal Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) sehingga mencetuskan ketegangan bukan mewakili suara parti. Katanya, budaya serang menyerang khususnya dalam media sosial hanya mengeruhkan keadaan sekali gus menggugat kehormonian MN atau PN. Menurutnya, jika ada sekalipun itu hanyalah pandangan peribadi. “Ia bukan pendirian parti, tidak perlu diperbesar-besarkan di media. Lainlah kalau yang bercakap itu Presiden, Timbalan Presiden atau Ketua Penerangan Pas sendiri. “Benda-benda yang kecil begini sepatutnya dielakkan daripada bertembung sesama sendiri,” katanya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya